Malam tadi sempat ke Floria 2011 di Putrajaya dengan isteri dan anak tercinta. Tujuan utama nak tengok perarakan bot berhias dan pertunjukan bunga api. Alhamdulillah, tujuan utama tercapa walaupun hujan. tapi bukan hujan lebat la, cuma renyai-renyai sahaja. Tapi kene jaga jugak, takut kena kat Amani (anak). Terpaksalah pegang payung.
Ape ape pun, terima kasih sayang diucapkan kepada my dearest darling, Siti Mariani (Isteri) sebab dukung Amani selama 1 jam setengah kat sana. Die nak bagi husband die asah skill ambik gambar (katanya)... Tapi tak sempat ambik banyak gambar sebab hujan. Gambar yang di shoot ade yg jadi, ade yang tak jadi. Biasa la tu kan...hehehe. My wife dukung my daughter sambil pegang payung sampai lenguh-lenguh kaki la... Orang pulak ramai... memang ramai.. Sebab esok cuti kot.
Suasana malam kat sini memang cantik. Penuh warna-warni. Kalau tak hujan lagi best la. Kawasan luas, kitorang tak pusing habis pun. Cuma tengok perarakan bot & pertunjukan bunga api. Pastu balik... Tu pun dah dekat 2 jam kat sana.. Amani pun dah mengantuk, my wife pun dah tak larat, hujan pun tak berenti, kitorang decide balik lagi baik... :-)
My photos, eem27's :-
eem27
16.7.2011
3.10am
No comments:
Post a Comment