Hari ahad lepas, kitorang pg visit Masjid Shah Alam. Walaupun dekat dengan rumah tapi jarang pegi. Saje lepak hujung minggu. Dapat jugak sembahyang kat sana. Tujuan lain ialah nak asah skill menangkap gambar. Kalau gambar yang ditangkap tak cantik, sila komen or kritik ye. Dialu-alukan. Tapi biarlah membina kata orang tua tua...
Serba sedikit tentang Majid Shah Alam:
- Siap dibina pada 11 Mac 1988
- Dikenali sebagai Masjid Biru kerana warna pada kubahnya
- Boleh memuatkan 24,000 jemaah pada satu masa
- Pernah disenaraikan dalam Guinness World Records sebagai masjid yang mempunyai menara sisi tertinggi di dunia pada awal penubuhannya sebelum dipintas oleh Masjid Hassan II, Maghribi pada 1993.
No comments:
Post a Comment