Hari yang memenatkan tapi sangat best. Kitorang pergi Putrajaya lagi hari ni. Tgk Floria 2011 lagi. Hari ni hari last. Malam hari tu dtg tengok bot berhias dgn bunga api. Kali ni kitorang dtg nak tengok pameran bunga-bunga sambil ambik gambar la. Bukan senang nak jumpa pameran bunga Floria ni. Setahun sekali je..
Pagi tadi terambat bertolak. Sampai kat sini pun dah dekat pukul 11 pg. Matahari pun dah naik tinggi dah. Panas terik hari ni.... Tu yang menambahkan lagi kepenatan. Jalan pukul 11pg sampai pukul 3.30ptg. Bayangkan dalam keadaan panas tu.. Dahaga tu... Berenti kejap makan tghari. Amani sempat tido jugak kereta sorong die. Dekat sejam jugak dia tido.. Pastu bangun balik, sambung tangkap gambar...Die pun posing sakan jugak...hehehe. Memang best la.
Adik ipar pun ikut sekali, tapi dia sampai lambat sikit. Kawasan pameran sini memang luas. Rasanya ada jugak tempat yg kitorang miss. Orang ramai, tambah lagi hari ni last day.. Malam penutup rasanya lagi ramai tu... Kesimpulannya, memang best la. Penat pun berbaloi la..haha. Banyak gak ambik gambar hari ni... Buat kenangan Floria 2011...!!
Insyaallah, tahun depan jumpa Floria 2012 pulak... :-)
Enjoy la tgk gambar ni. Banyak gak ambik.
Layankan aje le...
My photos, eem27's photos:
eem27
18.7.2011
3.49am
No comments:
Post a Comment