Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sama ada perpisahan hidup atau mati... Hari ini (tghari) waktu lunch hour kat ofis tadi, satu majlis telah diatur oleh pegawai-pegawai sains Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sg. Buloh (MKAK) untuk meraikan rakan sekerja iaitu Pn. Sofea Duratul Waheda, pegawai sains unit Tb yang akan bertukar ke IPR bermula 1 Ogos ini.
Sikit sebanyak tentang Pn. Sofea ni, sepanjang bekerja dengan dia, memang dia seorang yang sangat komited dan rajin. Kadang2 tu, family (anak & suami) pun terpaksa ditinggalkan sementara kerana tuntutan kerja. Jarang la orang yang dah berkeluarga dapat buat macam tu. Kalau yang belum ada keluarga tu mungkin dia takkan ape2... Jujur cakap, saya pun mungkin tak dapat buat mcmana dia buat..
Dia adalah seorang rakan kerja yang sangat baik, mungkin boleh dikatakan sebagai kakak saya di MKAK ni. Banyak nasihat dan tunjuk ajar daripada Pn. Sofea yang akan saya kenang dan ambil sebagai panduan untuk teruskan kerjaya saya di MKAK ni.. Terima kasih Pn. Sofea.
Untuk Pn. Sofea Duratul Waheda, saya doakan kejayaan akak di tempat baru.. Saya amat yakin yang Kak Sofea akan dapat apa yang Kak Sofea sepatutnya dapat di IPR nanti. Terima kasih sekali lagi atas tunjuk ajar yang diberi. Akan saya gunakan sebaiknya nanti... Biar jauh di mata, tapi jangan jauh di hati... Setiap perpisahan juga, kalau diizinkan Allah, kita akan jumpa lagi... Insyaallah..
Gambar ketika majlis perpisahan Pn. Sofea,
eem27's photos:-
eem27
28.07.2011
12.58am