Sunday, September 25, 2011

Aktiviti hujung minggu 7

Assalamualaikum semua... Di dalam sejahtera hendaknya... 

Lama sudah saya tak update blog saya nih. Lepas habis bengkel hari tu, balik kampung. Tengok adik ipar masuk hospital, patah kaki lagi kesan accident hari tu. Lepas tu seminggu saya tak bukak blog nih. Laptop pun jarang bukak dalam tempoh seminggu lepas. Sibuk ke malas ke saya pun kurang periksa...hehehe.

Hari Jumaat lepas, abang ipar saya (abang kandung my wife) datang rumah ngan family die. Tido rumah saya 2 malam. Die ada keje kat Klang. Sabtu malam Ahad tu, kitorang pegi I-City kat Shah Alam.  Saje bawak Amani ngan sepupu die (Sara Amanda) jalan jalan tengok lampu. Punye seronok diorang sampai tak mengantuk langsung kat sana. Dari pukul 9.00mlm sampai pukul 12.00mlm baru balik rumah.

Nak keluar I-City kene bayar parking autopay. Yang agak tension sikit tu, tempat nak bayar autopay tu ada satu je kat situ. Punye ramai la orang yang beratur nak bayar. Bile dah dekat nak sampai giliran bayar parking tu boleh pulak mesin autopay tu "OUT SERVICES". Gile lah... Ade la dekat setengah jam jugak tunggu mesin tu elok. Ade orang datang baiki... 

Tapi ok lah. best la malam tu. Kali kedua kami family pergi I-City... Ade la gambar yang saya dapat tangkap dan share kat sini. Layannnn.......... :-)


27 photography :-






















Minggu depan Sabtu dan Ahad, saya kene pergi Kuala Selangor. Ade kursus. Tapi yang tak bestnya, kursus tu dibuat pada hari Sabtu dan Ahad. Hari hujung minggu ni la nak bersama keluarga pun. Jalan-jalan dengan anak bini. Takde hari lain ke nak buat kursus. Mungkin setengah orang tak kisah, tapi saya kisah... Wahai bos bosku, nanti kalau nak buat kurus jangan la buat hari hujung minggu. Bukan berkira, tapi keluarga pun penting jugak kan???


nuzulnaim zjumat
26.09.2011
2.21am

No comments:

Post a Comment