Monday, October 31, 2011

31 Oktober 2011 - Discharge Dari Hospital

Assalamualaikum semua. Salam sejahtera...

Alhamdulillah, semua perkara telah dilancarkan oleh Yang Maha Esa. My wife telah pun keluar dari hospital hari ni. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan isteri saya, terima kasih terutamanya sekali kepada semua ahli keluarga, yang paling penting Ayah & Mama yang telah menjaga Amani sepanjang ketiadaan Walid & Umminya yang bermalam di hospital selama  2 malam. Terima kasih Ayah & Mama, "I love both of you so much"...

Terima kasih kepada Mak & Abah yang mendoakan dari jauh, jangan risau Mak & Abah, Angah dah semakin sihat :-)

Tak lupa juga kepada semua kakitangan Hospital Pantai Klang, terutamanya Dr. Kong yang banyak membantu...

Thanks for everything!!!! Hanya Tuhan yang akan memberi ganjarannya... Amin


nuzulnaim zjumat
31.10.2011
3.53pm

Friday, October 28, 2011

Jalan-jalan cari makan 4

Assalamualaikum semua, selamat petang....

Hari patutnya saya pergi ke kursus fotografi anjuran PFMC kat Putrajaya. Tapi, sebab my wife demam jadi saya ambil keputusan tak pergi kali ni. Insyaallah akan pergi kursus anjuran PFMC yang seterusnya nanti. Secara kebetulan juga, my mom bgtau tadi my father pun demam jugak. huhuhu, 2 kali risaunya.. Doakan kedua-duanya cepat sembuh...

Oleh sebab tak ada ape benda sangat nak buat hari ni, selain kerja rumah dan jaga anak (hehehe), masa yang terluang nih, (Amani pun tengah tido tuh), saya update blog saya ni...

Hari Selasa malam Rabu hari tu, kitorang pegi makan kat Flamng Steamboat kat Sunway hari tu. Kiranya ni adalah kali kedua kitorang pegi. Dan kali ni kitorang pegi ngan Ayah, Mama, Acik, Angah ngan husband die (Fizie) dan anak mereka la...hehehe

Untuk tukar selera sekali sekala... Walaupun masuk kali kedua makan kat sini, tapi masih kekok lagi la tentang makan makanan kat restoren steamboat nih. Tak tau nak ambik mana satu, banyak sangat pilihan. Sedap memang sedap. Tempat ok, cuma sempit sikit (Kira ok la tu).

So, sape2 yang belum try lagi boleh la cuba kat sini. Nak tulis banyak2 pun tak pandai. Kena rasa sendiri, baru tau...hahaha

Cuba la bukak website nih: www.flamingsteamboat.com 

Gambar-gambar :








Ok, semua... Cuba la pegi sini. Selamat mencuba!!!!


nuzulnaim zjumat
29.10.2011
2.56pm

Majlis Perpisahan Jackson (Vampire) & Wan Mazlina

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hari ni mungkin salah satu hari yang agak sedih jugak la kot. Telah berlangsungnya Majlis Perpisahan Mohd Jackson dengan Wan Mazlina, kedua-duanya staff Unit TB kat MKAK. Kedua-duanya pernah bekerja dengan saya, memang kedua-duanya kakitangan yang amat baik dan rajin. Agak rapat jugak dengan saya terutama sekali sifu saya dalam bidang fotografi, Jackson a.k.a "Vampire Photography".

Banyak aktiviti yang kami dah jalani bersama terutama sekali sejak menyertai kursus di Photo Flash Management Centre (PFMC). Kiranya kehilangan Jackson dari MKAK agak terasa jugak la.. Tapi mcmana pun, tahniah dan saya bergembira jugak untuk kedua-duanya sebab Jack, dapat pulang ke kampung halaman di Sabah, manakala Kak Maz dapat naik pangkat..

Good luck untuk kedua-duanya. Jack, good luck jugak dalam bidang fotografi kat Sabah nanti.  Kiranya pemergian anda berdua akan sentiasa dirindui... ALL THE BEST!!!!!!!

Gambar sekitar majlis:




















All The Best!!!!!!!!!!!!!


nuzulnaim zjumat
28.10.2011
11.47pm

Thursday, October 27, 2011

Jalan-jalan cari makan 3

Assalamualaikum semuaaaa....

Lamanye saya tak update blog saya yang ni... Asyik sibuk dengan blog lagi satu tu je (27-photography.blogspot.com). Akhirnya, saya updatekan jugak blog saya yang ni. Setelah genap sebulan tak update..hahaha

Oklah. Hari Ahad lepas (23/10/2011) punye cerita nih. Kitorang pegi Semenyih, rumah adik ipar saya (adik my wife la kan).. So petang tu kitorang pegi dinner kat Bangi. Nama kedai makan tu "VILLAGE VIEW". Kitorang tak la makan ape sangat pun, pasal masing-masing rasa kenyang lagi makan tengah hari tadi... Jadi hanya makan Lamb Chop, Chicken Chop & mee (ape nama mee tu pun dah lupa). Makan share2 je... 

Tempat cantik, design kedai makan ni pun menarik gak la. So boleh la cuba2 kalau datang Jalan Reko, Bandar Baru Bangi (BBB). Enjoy la ye tengok gambar2 kat bawah :-)

Layannnnnn......



















Ok, nanti saya tulis lagi.... Jumpa lagi, dah ngantok dah nih...Bye


nuzulnaim zjumat
28.10.2011
1.04am