Monday, August 22, 2011

Di Makmal 1

Assalamualaikum semua...

Hari ni saya cuma nak berkongsi beberapa gambar yang saya ambil di makmal tadi sebelum balik. Masa kemas-kemas barang tu sempat snap beberapa gambar. Bukan ambik time kerja ye... Jangan salah paham pulak..hehe :-)

Layan je...


27 photoraphy photos:-










Ok. Panjang umur kita jumpa lagi... Assalamualaikum dan selamat malam...


nuzulnaim zjumat
23.08.2011
12.45am

Sunday, August 21, 2011

Salam Aidilfitri 1432H

Assalamualaikum kembali semua...

Diam tak diam, bulan Ramadhan tinggal hanya seminggu lagi. Semoga amal ibadah kita semua diterima Allah SWT. Amin...

Sedikit buah tangan untuk semua dari kami sekeluarga. Kepada semua umat Islam terutamanya kepada semua yang mengenali kami, keluarga serta rakan taulan, Salam Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin...

Ingatan tulus ikhlas dari: Nuzul Naim, Siti Mariani & Amani Batrisya.


"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" 
dan 
"MAAF ZAHIR DAN BATIN"

nuzulnaim zjumat
22.08.2011
2.30am


Rumah kami, syurga kami...

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, Allah panjangkan umur kita untuk melihat dunia lagi hari ni. Tadi baru balik dari tengok rumah yang masih under construction tu. Dah naik dinding tingkat bawah dah. Rangka pintu pun dah naik dah.Minggu lepas pun tengok gak. Tapi minggu lepas dinding naik baru sikit.  Tapi minggu ni, tengok tadi dah  hampir siap pasang dinding kat tingkat bawah tu. Nak siap sepenuhnya lama lagi kot... Didoakan agar pembinaan rumah ni berjalan lancar dan cepat la siap hendaknye... Insyaallah, amin.

Tapi ape-ape pun selagi pembinaan masih berjalan lancar pun kira ok la tu... kan?? hehe...


27 photography's photos:

14 Ogos 2011:




21 Ogos 2011:






Nanti saya update lagi ye... Assalamualaikum :-)


nuzulnaim zjumat
22.08.2011
2.16am

Thursday, August 18, 2011

Kursus editing & custom album, Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Alhamdulillah, panjang umur lagi sehingga ke hari ini. Dapat lagi update blog ni. Sebenarnya dah agak lama dah tak update. Last update hari tu 10/8. Hari ni dah 19/8. Maknanya dah 9 hari saya tak update blog saya ni. Haha, biasa la bulan puasa ni. Tak banyak aktiviti luar yang kami buat. Yang ada pun tak sempat nak update dalam blog nih. Insyaallah, lepas puasa nak aktif balik buat outing..haha.

Ok, minggu lepas 13 Ogos (Sabtu) saya telah pun menyertai satu kursus anjuran Photo Flash Management Centre (PFMC) iaitu Kursus Editing & Custom Album. Kursus ni berjalan sehari dari pagi sampai petang di Kompleks Kejiranan Persint 16, Putrajaya. Alhamdulillah, banyak yang saya dapat dari kursus ni. Untuk kursus editing & custom album ni, perisian Adobe Photoshop digunakan. Insyaallah, lepas ni dah boleh dah nak custom album. Mula-mula mesti la nak kene custom album sendiri dulu sebelum buat orang lain punya. Betul tak??? 

Walaupun sehari je, tapi ilmu yang saya dapat memang banyak. Jutaan terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar (Cikgu Aminuddin, Cikgu Amin (Amin Recurve), Cikgu Ramli), serta semua yang terlibat yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya tempoh hari. Terima kasih jugak kepada En. Hafez pasal software photoshop tu. Tqvm...

Layankan foto-foto sekitar kursus... :-)


Photos:  (Credit to: facebook.com/amin.recurve photos)










27 photography: Hasil pada hari tersebut








Pajang umur jumpa lagi... Adios!!!


p/s: sape-sape yang nak buat custom album, boleh contact saya ye... nuzulnaim@yahoo.com


nuzulnaim zjumat
19.08.2011
1.23am

Wednesday, August 10, 2011

Rumah kami, syurga kami...

Assalamualaikum semua...

Ini adalah post ketiga untuk hari ini. saje tetiba hari ni rasa nak post banyak benda pulak. Kali ni saya nak share tentang rumah yang kitorang beli. Masih dalam pembinaan.Dijangka siap pada hujung tahun ni. Itu adalah jangkaan saje. Ape ape pun boleh berlaku. Mungkin cepat, mungkin lambat. Harap-harap rumah tu siap mengikut perancangan.

Alhamdulillah, semua dah setel. Cuma tunggu rumah tu siap dan masuk je. Rumah ni kat Kampung Delek, Klang. saje beli kat sini. Walaupun saya kerja di Sungai Buloh, tapi isteri tercinta mengajar di Telok Gadong, Klang. Lebih kurang 2 or 3 kilometer dari sini. Rumah ayah ngan mama pun dekat.. Selagi orang tua kita hidup, selagi tu kita kena menggembirakan hati mereka. Tambah tambah pulak anak lelaki kan...haha

Ok lah, just wanna share progress rumah nih... :-)


27 photography:-

4 Mac 2011:


16 Julai 2011:



7 Ogos 2011:




nuzulnaim
10.08.2011
9.32pm

My little princess, Amani

Saje nak share kat sini... Amani Batrisya Binti Nuzul Naim.. Moga jadi anak yang baik dan solehah... Amin...


27 photography:-










Bye....


nuzulnaim
10.08.2011
9.09pm

Sehari di rumah

Assalamualaikum semua.... ape kabo?

Lama dah tak update blog nih sejak balik kampung hari tu. Sibuk kerja... Puasa pulak tu. Tak banyak aktiviti yang berlaku. Banyak lepak kat rumah kalau time cuti... Baju raya anak pun dah setel dah. Jadi tak keluar bershopping la. Kitorang laki bini pakai yang mana ade je. Beli pun sikit sikit je. Kalau time muda remaja dulu mungkin la nak beli sampai tiga empat pasang baju raya...hehe. Sekarang dah jadi mak bapak orang ni, beli baju kat anak aje la...

So, hari Sabtu & Ahad lepas pun kitorang lepak kat rumah je. Tetiba boring plak, saya ambik kamera pastu snap je ape yang rasa nak snap.. haha... Ape yang disnapkan pun tak tau la. Saje nak share dalam blog ni ape yang telah saya snap. Tapi bukannya banyak pun, saje suka suka.... Layannnn :-)


27 photography :-










Hari ni adalah hari kesepuluh berpuasa. Jadi teruskan menunaikan ibadah puasa... Semoga ibadah kita akan diterima oleh NYA.. Amin....


nuzulnaim
10.08.2011
8.57pm

Monday, August 1, 2011

Aktiviti hujung minggu 6

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Pagi semalam (Ahad) saya, Siti (my wife), Amani (my daughter) & mak mertua pergi ke Kota Kuala Muda utk beli ikan. Sambil menyelam minum air..... saya pun ambil kesempatan utk snap beberapa keping gambar utk dikongsi dalam blog nih..

Kalau berkesempatan datang ke selatan kedah atau utara penang, singgah la kat Jeti Kota Kuala Muda. Nelayan-nelayan bawak naik ikan-ikan fresh dari laut. Termasuk la udang, ketam dan lain2. Boleh la kalau nak tengok orang lelong hasil tangkapan secara berbisik. Sape yang tawarkan harga yang paling ok, dia akan dapat bawak balik hasil tangkapan tersebut. tapi semua urusan dibuat secara berbisik. Jadi jumlah yang ditawarkan hanya diketahui oleh penjual dan pembida sahaja... Menarik kan!!

Ok, layan aje la gambar yang saya nak share nih.. :-)


eem27's photos:-











eem27
01.08.2011
11.18pm